Thursday 18 August 2016

2.6.2 Pengasingan Kuasa

Pengasingan kuasa merujuk pembahagian kuasa pemerintahan kepada tiga badan iaitu

Perundangan ( Legislatif )
Ø     Menggubal undang-undang
Pentadbiran ( Eksekutif )

Ø     Menguatkuasakan dan melaksanakan undang-undang serta dasar-dasar negara

Kehakiman ( Judiciary )
Ø    Mengadili serta menegakkan undang-undang



Matlamat Pengasingan Kuasa
  • untuk mengelakkan kuasa mutlak 
  • berpusat pada satu-satu badan



Setiap badan pemerintahan
  • tidak boleh mempengaruhi keputusan atau  tindakan yang dibuat oleh badan-badan lain
  • berperanan sebagai pemeriksa dan pengimbang (check and balance)
  • Konsep ini dikenali sebagai pengasingan kuasa



Idea Pengasingan Kuasa
  • sukar dilaksanakan secara menyeluruh kerana setiap badan mempunyai perkaitan antara satu sama lain


Undang-undang perwakilan (delegated legislation)
  • Badan pemerintah peringkat persekutuan dan negeri diizinkan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk menggubal, meminda dan meluluskan undang-undang atas nama Parlimen untuk dikuasakan oleh menteri atau pihak berkuasa lain (penjawat eksekutif)
  • Kuasa Badan Perundangan untuk menggubal undang-undang telah diamanahkan dan diwakilkan kepada Badan Pemerintah sama ada di peringkat persekutuan dan negeri

       

No comments:

Post a Comment